Bali, Indonesia

Bali adalah antara tempat pelancongan yang menjadi kesukaan ramai kerana keindahan alamnya terutama pantainya dan beberapa tempat yang menarik serta kesenian dan budayanya yang unik. Bali juga antara tempat dan pilihan yang sesuai untuk berbulan madu.

Bali adalah nama salah satu provinsi di Indonesia dan juga merupakan nama pulau terbesar yang menjadi sebahagian dari provinsi tersebut. Selain terdiri dari Pulau Bali, wilayah Provinsi Bali juga terdiri dari pulau-pulau yang lebih kecil di sekitarnya, iaitu Pulau Nusa Penida, Pulau Nusa Lembongan, Pulau Nusa Ceningan dan Pulau Serangan.

Bali terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Ibu kotanya ialah Denpasar yang terletak di bahagian selatan pulau ini. Mejoriti penduduk Bali adalah pemeluk agama Hindu. Di dunia, Bali terkenal sebagai tujuan pariwisata dengan keunikan berbagai hasil seni budayanya khususnya bagi para pelancong asing. Bali juga dikenali dengan panggilan Pulau Dewata dan Pulau Seribu Pura.

Pertama kali saya ke Bali adalah pada tanggal 24-27 January 2010 (4h 3m). Just nak share antara tempat-tempat menarik yang sempat saya pergi di Bali. Trip cuma santai-santai je...


Day 1


Lepak-lepak sementara menanti flight

Sampai di Denpasar Airport agak lewat petang dan kami terus ke Tune hotel, Kuta untuk check in. Malam hari, kami cuma jalan-jalan cari makan.




Day 2


Mencari-cari breakfast


Dapat roti pun ok untuk lapik perut

Plan hari ni, kami akan ke Uluwatu. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Kuta. Untuk memasuki area Pura Uluwatu, sarung dan selendang harus digunakan sebagai simbol hormat pada kesucian Pura Uluwatu. Pura Uluwatu berada di atas sebuah tebing yang menghadap laut.


Indahkan pemandangan


Gayat juga bila tengok kebawah ni


Antara tebing laut yang paling indah


Tu dia...



Di Pura Uluwatu juga ada sebilangan kera yang dipercayai berfungsi menjaga kesucian Pura Uluwatu. 




Setelah puas bergambar di Pura Uluwatu, kami bergerak menuju ke Tanjung Benoa untuk menaiki boat ke Pulau Penyu. Perjalanan dari Tanjung Benoa ke Pulau Penyu hanya 15 minit sahaja.


Subhanallah, ciptaanNya mengasyikkan

Paling indah

Awan yang sangat cantik

Besar kan penyu-penyu kat sini

Anak penyu ni nak terbang pulak


Dah puas bermain dengan anak penyu, kami ke Tanah Lot. Tanah Lot merupakan salah satu kuil yang terletak di laut. Apa yang menariknya, apabila air laut surut, pelancong boleh berjalanan kaki pergi ke kuil tetapi kalau air pasang, boleh tengok dari jauh je lah sebab laluan akan dipenuhi air dan kelihatan seperti pulau yang cantik. Pemandangan ketika matahari terbenam pun boleh tahan lawa juga disana.


Kalau u all masih banyak masa di Tanah Lot, u all boleh dihabiskan masa dengan jalan-jalan di kawasan Tanah Lot kerana ada banyak gerai jualan cenderamata di sana.



Dah penat berjalan, kami dinner di Matahari Cafe, antara tempat popular di Bali.



Selepas dinner, kami berangkat pulang ke hotel dan berehat


Day 3

Pagi yang cerah

Setelah bersarapan, kami nak tengok view yang kehijauan yang merupakan padi bukit yang terletak di Tenggalalang. Ni juga salah satu tempat yang kene pergi lawat kalau ke Bali. Lebih kurang sejam dari Kuta. Rasanya bila dah sampai Bali memang wajib bergambar kat sini. Tak complete rasa kalau tak ada gambar kat sini. Jangan lupa masukkan dalam list itinerary u all ok.



Setelah selesai bergambar, kami singgah antara tempat lukisan yang terkenal di Bali


Dah abis pusing-pusing kami pun pulang ke hotel dan aktiviti malam, kami cuma jalan-jalan di sekitar kawasan hotel je.

Layan band - lagu Kuta Bali pulak tu ^_^



Day 4

Last day di Bali, kami sewa motor dan pusing-pusing pantai Kuta.







Setelah puas bergambar, kami pun berangkat ke Airport. Cepat betul masa berlalu kan walaupun percutian ni agak santai.

No comments: