Hanoi, Vietnam

Trip ni sponsored by Tupperware Brands Malaysia. Alhamdulillah... Dengan berkat dan usaha selama 6 bulan saya dapat pergi ke Hanoi, Vietnam pada 13hb Nov - 17th Nov 2012 (5h 4m) bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Harga package tour ni adalah RM3,200/pax. Exclusive dari Tupperware Brands Malaysia dan semua layanan 5 star bermula dari KLIA hingga lah pulang ke KLIA semula.


Day 1

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Hanoi, Vietnam dengan menaiki Vietnam Airlines. 





Dinner at Vietnam Airlines

Apabila sampai di Hanoi International Airport (Noi Bai), kami dibawa ke hotel Crown Plaza West Hotel untuk daftar masuk tapi sebelum check in, kami diberi supper dulu.


Supper at Hotel


Hotel room


Gift from Tupperware @ room

Lepas supper, kami masuk bilik dan berehat. Tak sabar nak tunggu aktiviti esuk.


Day 2

Apa yang best ni hanoi? 

Hanoi adalah satu daripada ibu kota paling menawan di Asia Tenggara. Ianya menarik, tenang, kecoh dan tradisional. Dan dengan paparan kehidupan tempatan di tepi jalan, mudah untuk menikmati keseronokan bandar ini dalam beberapa hari saja.

Harini kami buat city tour dulu. Lihat tempat-tempat menarik di Hanoi.

Bank of the red river French Colonial Heritage



Opera House



Temple of literature



Pottery village






Cubaan pertama. ok tak? O_O


Pottery whole sale market


Jalan-jalan cuci mata


Antara hasil tembikar


Cantik betul hasil tangannya

Hoan Kiem Lake



Old Quaters






Day 3

Muzium Etnologi

Muzium Etnologi adalah yang paling menarik terdapat di Hanoi. Vietnam adalah sebuah negara yang kaya dengan budaya dengan perumahan hampir 54 etnik yang berbeza di satu tempat. Muzium ini oleh itu memberi gambaran kepada kepelbagaian budaya Vietnam dan juga membantu dalam mempromosikan keharmonian sosio-budaya di negara ini.



Muzium mempunyai penubuhannya pada 1978 dan merupakan sebahagian daripada Etnologi institut yang merupakan sebahagian daripada Vietnam Sains Sosial Suruhanjaya. Muzium ini, dalam tempoh yang sangat singkat, telah membangunkan amat. Ia menyediakan maklumat mengenai cara konvensional hidup, aktiviti keagamaan dan acara simbolik kepada pelbagai kumpulan etnik Vietnam. Muzium ini mempunyai dewan pameran yang mengandungi perwakilan setiap kumpulan bersama-sama dengan pusat penyelidikan, perpustakaan dan dewan kuliah.



Ia diperolehi di sekitar 3000 objek di kalangan yang paling adalah pakaian tradisional. Selepas pembinaan sebagai muzium yang berasingan di 1997, jabatan muzium telah mengumpul kira-kira 25,000 objek bersama-sama dengan 30,000 filem dan video. Bahagian dalam muzium telah baris dengan artifak yang menggambarkan kumpulan etnik Viet, Muong, Tho, Chut, TAV, Thai, Ka Dai, Miao-Yao, Tang, San, Dui, Arasy, Mon-Khmer, Nam Dao, Cham, Hoa dan Khmer.



Muzium Etnologi mengandungi bukan sahaja peninggalan yang tidak ternilai tetapi juga memaparkan utiliti harian seperti bakul, pisau, perkakas dapur dan lain-lain. Muzium ini juga memaparkan pakaian, barang kemas dan barang-barang lain yang berkaitan dengan majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan, upacara pengebumian dan acara-acara agama atau budaya lain semua 54 communities.





President Ho Chi Minh compound



Water Puppet Show



Persembahan teater ini dijalankan di dalam kolam air separas pinggang. Sebatang rod digunakan untuk meletakkan patung-patung di atasnya dan digerakkan oleh petugas yang berlindung di sebalik tirai. Jadi patung nampak seakan bergerak di atas air. Persembahan teater ini diiringi oleh orkestra tradisi Vietnam sebagai muzik latarbelakang.


Antara Scene Puppet. First time tengok show puppet. Memang menyeronokan.


Day 4

Vincom Centre Shopping mall


Salah satu shopping mall terbesar di Hanoi

Old Quaters


Naik beca pusing-pusing town


Last shopping...


Pusing-pusing cari survenier. Apa yang saya dapat agak2?


Saya dapat kasut. Yeay... cantik tak?

Gala Dinner at Historical Museum


Special event je yang boleh buat dinner at muzium ok


Hah tu dia


Sempat suh lukiskan gambar... hehe


Day 5

Cepat betul masa kan. Harini nak balik KL dah. Huhu




Mood sedih dah ni


Vietnam airlines yang sangat selesa

Alhamdulillah, selamat sampai KL dengan selamat. 

Hah... ini antara breakfast dan dinner semasa mengikuti rombongan dengan Tupperware Brands. 


Breakfast


Dinner

Mesti u all tertanya-tanya... apa yang best kalau ikut Tupperware Brands trip ni, betul tak? Herm... sebabnya adalah FREE trip dan hadiah-hadiah ni... Tadaa...



Kalau ada rezeki memang saya nak pergi Hanoi lagi. Tapi mungkin next time nak backpack je. Insyaallah. Jumpa lagi...

No comments: