Krabi, Thailand

Tahun ni dapat juga Suki Van Dax Travel bawa rakan-rakan ke Krabi, Thailand pada 09hb-12hb Sept 2015 (4h 3m) dengan budget RM600/pax sahaja.

InsyaAllah, info dalam page ini akan membantu anda membuat keputusan apa yang susuai nak buat di Krabi.

Krabi ni macam-macam aktiviti ada dan semuanya menarik. Terpulanglah pada anda dan keluarga untuk memilih mengikut citarasa masing-masing. Anda sedang bercuti jadi jangan lah cuba untuk buat semua benda sampai tak sempat relax.


Day 1


Untuk hari pertama di Ao Nang, Krabi, kami hanya relaks dan santai-santai sahaja sebabnya kami sampai pun dah agak lewat petang. Jadi kami cuma jalan-jalan cari makan dan cuci mata je dulu.


Santai-santai

Sekiranya anda mahukan hotel yang selesa dan budget di sekitar Ao Nang, saya suggest anda untuk tinggal di Haleeva Sunshine. Bilik nye besar serta bersih dan ada swimming pool tau... Dan yang paling penting, hotel ini berhampiran dengan masjid dan kedai makan muslim.


Day 2

Pada hari kedua, selepas bersarapan kami menunggu agent tour untuk mengambil kami dan bawa ke tempat untuk berkumpul. Saya nak nasihatkan anda, di sana memang ada banyak tour yang disediakan tapi agak mahal dan service yang kurang memuaskan. Jadi, pastikan anda membuat pilihan yang bijak ok. 


Phi Phi Island tour

Sepanjang di Phi Phi Island, air laut, view dan makan memang semuanya menarik dan puas hati... Phi Phi island tour mengambil masa satu hari. Sesudah sampai di hotel, kami pun layan swimming pool sampai jam 7pm. Haha... saja nak lepas gian berendam. 


Day 3


Four island tour

Hari ketiga di Krabi, jam 8am kami dijemput oleh agent yang sama dari hotel ke tempat berkumpul untuk membuat aktiviti island tour. Dah sampai Krabi, takkan nak lepak saja kan... jadi, kami memang decide nak pergi island sahaja. Alhamdulillah, cuaca agak baik masa trip ini. Island tour ni ambil masa 6 jam juga lah termasuk perjalanan pegi-balik.


Elephant trekking

Jam 3pm pada hari yang sama, kami beriadah bersama gajah ^0^ Kalau dah sampai Krabi, tak lengkap kalau tak buat aktiviti bersama gajah. Gajah bawa kami pusing-pusing selama satu jam juga. Adui... pengalaman betul. Balik memang badan pun bau gajah :D

Malam terakhir di Krabi, kami pergi ke krabi town dengan menaiki tut-tut. Macam pasar malam. Meriah. Tapi saya takde beli apa-apa pun. Cuci mata je. Dah selesai, kami pun pulang ke hotel dengan kaki yang lenguh.


Sampai di Ao Nang, kami pun cari kedai urut. Kat Thailand, urut yang sedap tu.


Day 4

Hari ini hari last day di Krabi. Sebelum check out, kami keluar untuk sarapan dan kemudian jalan-jalan cari survenir di sepanjang Ao Nang beach. Anda kene pandai tawar menawar untuk membeli barang-barang disitu. 

Kalau anda beli disekitar pantai, harga barangan agak mahal. Kalau nak murah sikit, anda boleh beli atas sikit dari pantai... barang dan kualiti yang sama tapi anda boleh dapat dengan harga yang rendah sedikit.


Jalan-jalan cuci mata

Makanan apa yang best di Krabi? Saya paling suka ice cream coconut, banana pancake, pulut mangga & tomyam. Kalau anda ke sana, pastikan anda mencuba menu-menu ini ya.

Rasa seperti singkat masa di Krabi... InsyaAllah next time nak datang lagi... 

No comments: