Lombok, Indonesia

Hai... bertemu kembali. Kali ini saya nak share apa yang menarik di Lombok pula. Kalau dulu bila sebut je Lombok, semua akan fikir pasal khawin lari disana. Sebenarnya Lombok ada sejarahnya juga yang kita tak pernah tahu.

Apa maksud Lombok? Lombok diertikan sebagai “cabe” atau kalau bagi kita cabe tu ialah cili sehingga ada yang menganggap pulau Lombok sebagai “pulau pedas”. Sekiranya anda berminat hendak mendalami Sejarah Asal Usul Nama Lombok/Cerita Rakyat Suku Sasak Lombok boleh klik disini.

Untuk trip kali ni saya membawa kenalan saya ke Lombok pada 16hb-21hb Mei 2015 (6h 5m) dengan budget RM1000. Lama tak? Kalau nak ke Lombok, u all kene stay lama sikit sebab Lombok banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi terutamanya pulau-pulau yang cantik.


Day 1

Kami mulakan perjalanan dari KLIA2 jam 1535pm dan perjalanan mengambil masa selama 3 jam.


Muke excited tak sabar nak lihat keindahan Lombok ^-^


Snap pic sebelum merehatkan mata 0_0

Alhamdulillah, kami selamat mendarat jam 1840pm waktu Lombok. Waktu di Lombok sama seperti di Malaysia. Cuma waktu siang dan malamnya lebih cepat dari Malaysia.


Dari airport ke Kota Mataram, jaraknya agak jauh. Sebelum kami ke hotel, kami singgah di salah sebuah restaurant yang berhampiran dengan airport dahulu untuk santapan makan malam.


Menu dinner Nasi balap puyung + air kelapa gula merah. Sedap!


Kami pilih Kabana Hotel, Kota Mataram tempat menginap sebab hotel ini adalah antara hotel budget tapi yang penting ialah kebersihan serta layanannya yang terbaik


Yeah... sampai juga Lombok...


Lepas siap bersihkan diri, kami pun tidur di atas katil dan tilam yang empuk. Esuk kami kene bangun awal!!


Day 2



Good morning! Here our breakfast! provide by hotel. Tq guys


Bunga yang segar di pagi hari


Tepat jam 9am. Yeayh! Semua excited nak mulakan hari cuti yang ditunggu-tunggu. Hari kedua di Lombok, kami nak pergi layan pantai dulu... dari Kota Mataram menuju je Pantai Pink mengambil masa sekitar 2 jam.


Mulakan dengan senyuman :)


Muka fresh je semua. Kulit pun semua masih belum sunburn lagi.


Yahoo!! Boat transfer


Pantai Pink. Pantai ini merupakan salah satu dari tujuh pantai di dunia yang memiliki pasir pantai berwarna pink, dan ianya salah satu dari dua pantai di Indonesia yang memiliki pasir pantai berwarna pink. Warna pink pada pasirnya terbentuk kerana butir-butir asli warna putih pasir bercampur dengan serpihan karang merah muda. Apabila sinar matahari serta air laut mengenai pasir, ia akan menghasilkan pantai yang bewarna pink.


Pantai pink by go-pro


Syukur dengan keindahanNya. Ini gambar original ya. Saya tidak edit kerana mahu biarkan keaslian warna pantainya..


View dari atas bukit pantai pink


Santai-santai


Gunung kat belakang tu cantikkan?


Kaki pun nak bergambar juga


Dah puas bergambar, kami turun dari bukit untuk makan tengahari. Menu: Nasi kotak. Sedap wei. Sememangnya sedap.


Lepas lunch, kami pun dihantar oleh staff-staff sana untuk ke Tanjung Ringgit. Dari Pantai Pink ke Tanjung Ringgit anggaran dalam 8 minit dengan menaiki motorsikal yg disediakan. Walaupun anda ada lesen motor sekalipun, lebih baik anda serahkan sahaja pada mereka kerana laluannya sangat mencabar dan bukitnya yang agak tinggi.


Tanjung Ringgit. Subhanallah... Dalam tak sedar, air mata mengalir melihat keindahan yang tak terkata.


Hilang rasa penat apabila sampai di sini


Sambil tunggu boat, kami pekena air kelapa muda dulu. Lega rasa tekak!


Patut lar boat tak sampai-sampai. Rupanya boat tak lepas nak parking kat tepi pantai. Air dah surut... Kami diarahkan duduk atas pelampung dan boat man-boat man yang baik hati akan tolak kami terus ke boat. Hehe. Seronok pulak.


Inilah dia lanun Lombok. hahaha...


Sebelum sampai Pulau Pasir, rasa macam tak tahan nak terjun. Apa lagi...  moh kita terjun


Pulau Pasir. Banyak tapak sulaiman di persisiran pantai...


Memang bersepah-sepah tapak sulaiman kat sini.


Antara tapak sulaiman yang ada di Pulau Pasir


Disebabkan air dah surut, jadi kami tak dapat nak ambil gambar pasir yang dikelilingi pulau, jadi cuma ini sahajalah hasil kami. Jam 5pm kami pulang semua ke jeti.


Perjalanan ke hotel mengambil masa 2 jam. Sebelum balik ke hotel, kami decide untuk dinner dulu. Jimat masa. Hoh, macam tak percaya, makan sini memang best-best lah.


Sup dan tauhu. Memang terbaik lah tauhu sini.


Alpokat... my favourite. baru boleh tidur lepas ni :)

Dah habis makan, kami pun pulang ke hotel dan tak sabar-sabar menanti hari esuk.


Day 3

Selepas bersarapan di hotel, kami pun check out sebab harini kami akan check in di Gili Trawangan. Stay di Gili Trawangan satu malam jer.

Dalam perjalanan, kami singgah di Pantai Malimbu untuk berehat sebentar sambil melihat pemandangan.


Di Lombok memang terik sangat cuacanya. Kebetulan, turun sahaja dari van, ada orang jual topi. Tanpa berlengah, semua beli topi.


Cubalah anda lihat, cantikkan pemandangannya. Gunung dibelakang tu juga cantik.


Sampai di jeti, kami pun naik private speed boat untuk ke Gili Trawangan. Tempoh masa dari jeti ke Gili sekitar 30-45 minit


Kali ni saya jadi pembantu bagi boat man yang segan-segan nak senyum ni


Yeah... tu dia kawan-kawan pun nak bergambar juga


Happy betul bila dah jejak kaki di Gili Trawangan


Sebelum buat apa-apa aktiviti di Gili Trawangan, kami check in dulu di Lumbung Cottage


Besar betul bilik ni. Selesa bangat.


Ready untuk snorkeling di Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air ^=^ Estimate 4 jam.


Inilah dia kawan-kawan baru dalam boat... ada yang dari Jakarta dan ada juga dari Sepanyol


Snorkeling di Gili Trawangan. Tu dia... semua tengah duk mencari kalau-kalau ada turtle, grooper, blue coral dan colourful fish


Berendam sampai lebam


Antara yang terindah


Snorkeling di Gili Meno! Focus! Focus! Mana ikan-ikan ni??


Coral yang indah lagi menawan


Gili Air... Lama sangat dah berendam. Now time for lunch. Tapi sorry lah guys, dah lapar sangat sampai lupa nak ambil gambar. Tapi makan kat sini sedap2. Jangan risau.


Pencuci mulut selepas lunch. terbaik lah


View dari restoran di Gili Air


Keindahan itu hanya milikNya


Habis je snorkeling, kami bersiap-siap dan menyewa speda untuk melihat sunset


Semua sedang menanti sunset


Nak ambil gambar disini,, harus queue ya. Baru adil.


Saat waktu berhenti... kosong


Love... Love... Love...


Hanya engkau yang satu


Lepas lihat sunset, perut pun dah berbunyi. Dinner di pasar gili. Kalau nak makan kat sini, u all kene datang awal sikit. Ramai yang akan makan kat sini sebab sini banyak choice. Menu malam ni: Ikan bakar.


Ikan masak apa pun tak pasti tapi memang walaa


Sotong masak sambal... Huh terbaik!!

Lepas dinner, kami berjalan-jalan dan cari apa yang patut. Mejoriti kat sini banyak pub sebab pelancong-pelancong asing nak bergumbira. Hehe. Kalau nak cari kedai survenir kat sini, memang ada tapi tak banyak pilihan yang ada. Jadi kami cuma jumpa kedai urut, apalagi... urut lah kaki yang dah mula lenguh-lenguh ni. Lepas tu kami pun balik ke hotel dan tidur. Keletihan dari snorkeling dah mula terasa.


Day 4

Alhamdulillah... harini dapat bangun seawal jam 430am. Sunset dah dapat tengok, rasa macam tak lengkap kalau tak tengok sunrise. Jadi, pagi ni kami berbasikal sambil beriadah dan hirup angin laut pagi sampai ke hujung pantai untuk lihat sunrise.


Syukur alhamdulillah... saya masih diberi peluang untuk melihat keindahanNya hari ini


Saat waktu berhenti... kosong


Subhanallah... sungguh indah ciptaanNya


Hanya Engkau yang satu


Terlalu cepat rasanya tengok sunrise harini


Lepas dah tengok sunrise, kami pun pulang ke resort dan alhamdulillah, rezeki kami untuk bersarapan harini sudah disediakan ^-^

Lepas breakfast kami check out dari Gili Trawangan dan menuju ke Air Terjun Sendang Gila dan  Tiu Kelep. Air terjun ini terletak di Senaru dan berada di kaki gunung rinjani. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam.

Air terjun Sendang Gila terletak berhampiran dengan pintu masuk. Tetapi harus berjalan sejauh 15 minit dengan menuruni ratusan anak tangga yang jaraknya agak panjang.


Kami nak lihat secara realiti...


Air terjun Sendang Gila. Saat ini aku hanya dapat bersyukur.


Berdiri kat tepi pun sudah boleh rasa tempias kesejukan air terjun ni

Apabila sudah puas mandi serta layan air terjun sendang gila, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke air terjun tiu kelep pula. Perjalanan mengambil masa antara 30-45 minit. Depends pada tahap stamina dan sejauh mana anda nak layan keadaan sekeliling yang nyaman dan indah.



Antara laluan yang perlu kita harungi untuk menuju ke Air terjun Tiu Kelep


Anak tangga juga kene harungi ok


Tetap kena lalu celah-celah batu


Jangan sangka air yang tenang tiada buaya... airnya agak deras dan perlu lebih berhati-hati


Air Terjun Tiu Kelep. Syukur. Kat sini boleh mandi tapi kene hati-hati sebab bahaya juga dekat sini.


Dah puas mandi kat tiu kelep, masa perjalanan balik, jumpa pulak tempat ni. Bestlah air nye.... sejuk


Lama juga berendam kat sini. Rasa tak nak balik je. Aha


Dah puas mandi.. dalam perjalanan pulang, kami diberi peluang untuk melalui terowong yang agak penuh dengan laluan air terjun tadi. Cuba pengalaman baru.


Nampak tak betapa derasnya air dalam terowong ni


Macam longkang pun ada kan? Hehe... Tapi air ni bersih...


Seronok sangat!!!


Yeayh!!! Kami dah berjaya ke Sendang Gila waterfall & Tiu Kelep waterfall dengan berselipar sahaja!! 0-0


Tadaa... Lunch kami dah memanggil-manggil. Simple tapi sedap. Lunch @ Rinjani lodge.


Soda gembira juga enak


Hirup sup panas dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa


Lunch kami menghadap view gunung... indah kan... sejuk pulak tu


Selepas lunch, kami pun pulang untuk check in semula di Mataram. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Alahai... time ni jugak lah polisi ni nak tahan. Nasib baik kami semua lepas. Kami tak bersalah pun. Nervous masing-masing jap.


Dah cukup time makan, kami singgah untuk dinner di New Furama, Senggigi


Dinner apa malam ni? Malam ni makan seafood kat tepi pantai senggigi. Romantik gitu...


Masa on the way balik, kami terpegun seketika melihat Masjid yang penuh warna warni yang memancar Kota Mataram.

Dah dapat snap pic beberapa keping, kami pun pulang ke hotel dan berehat. 


Day 5

Last aktiviti di Lombok, kami nak pusing-pusing Lombok dengan aktiviti santai-santai je. Selepas bersarapan, kami ke pearl shop untuk membeli cenderahati.


Masing-masing bawa balik buah tangan untuk bunda tersayang


Mutiara di kedai ni memang asli. Harga pun boleh tahan. Tapi takdelah mahal mana. Insyaallah anda pun mampu beli.


Dah shopping di pearl shop, kami menuju ke Tanjung Aan. Cantiknya...  


Rugi tak bawa baju mandi, kalau tak memang kami dah berendam lagi ni


Tanjung Aan... View dari atas bukit 


Kalau nak air kelapa, ada banyak jual disini...


Next... Pantai Seger... sangat biru airnya...


Teruja dengan combination colour langit dan bukit


Moh kita bergambar ya mas... Haha


Turun bukit kene penuh hati-hati


Macam taknak turun je mereka-mereka ni...


Keindahan itu hanya milikMu


Ambil gambar untuk kenangan


Eh! ada 4 patung di atas batu tu lah... nampak tak?


Ya... ini yang kita cari... kami di Kuta Lombok


Lunch time di Kuta beach... yeayh...


Sempat lagi berkenalan dengan Andy. Hi Andy!!


Selepas lunch, kami melawat Sasak Village - Sade


Sedikit sebanyak dapat menimba ilmu serta melihat kehidupan orang sasak di Lombok


Semua sedang tekun mendengar penerangan mengenai kehidupan orang sasak


Antara tempat tinggal kaum sasak


Antara cenderahati hasil kraftangan orang sasak


Puas berjalan di dalam desa sade


Kini kami berada di Desa Sukarra untuk melihat kerja tangan tenunan songket pula...


Kalau ada yang berkenan boleh la kami beli bawa balik untuk kenangan


Hah, saya minat yang ini... Cari-cari jumpa dan dapat warna biru. Boleh lah kan, asalkan ada kenangan dari Lombok


Songket tenunan


Semasa perjalanan pulang dari Desa Sukarra, kami singgah untuk mengambil gambar lambang di Kota Mataram


Setelah beberapa jam melawat Lombok, last sekali kami singgah di Lombok Exotic untuk membeli barangan cenderahati seperti t-shirt, fridge magnet dan key chain buat kawan-kawan dan juga keluarga.


Kalau jumpa Lumbung cofee ni, harus beli ya. Kopi ni sedap dan antara yang popular di mata dunia.


Dinner @ Warung Dakota


Last dinner di Lombok.. sedih lah esuk nak balik dah


Menu : Taliwang Raya, Ikan bakar & Satay...


Malam terakhir kat Lombok, semua gelak sakan duk ulang cerita yang kelakar dan seronok sepanjang berada di Lombok. 


Malam terakhir di Lombok, kami nak juga cari es teller. Alhamdulillah... jumpa juga. Dah cukup apa yang nak dicari, kami pun pun pulang ke hotel.


Day 6

Cepat benar masa berlalu... Dalam tak sedar, hari ini dah masuk hari keenam kami di Lombok. Rasa macam tak puas lagi ni.

Selepas bersarapan, kami check out dari hotel dan sebelum menuju ke airport, kami singgah untuk beli tahu lombok.


Tahu ni makan dengan sambal cilinya memang sedap


Alhamdulillah dan syukur kerana sepanjang perjalanan di sana, semuanya baik-baik aja.


Next year i will be back... See you soon ^_^

No comments: