Medan, Indonesia

Ramai yang tanya, kenapa saya buat trip pergi ke Medan? Bandung ada lagi banyak tempat shooping. Jawapan saya ialah sebab Nature. Medan banyak tempat-tempat cantik dan nature yang sememangnya cantik.

Orang yang suka dengan alam semester memang patut pergi ke Medan. Cuma jarak antara satu tempat ke satu tempat agak jauh dan jalannya juga boleh tahan. Kalau ke Medan banyak makan masa dalam perjalanan sahaja.

Mari saya share sikit apa yang menarik masa trip ke Medan pada 10-14 April 2015 (4h 3m) lalu dengan budget RM600/pax sahaja.


Day 1

Flight berlepas jam 8.45am waktu Malaysia dan kami selamat tiba di Airport Kualanamu jam 8.45am waktu di Medan. Perjalanan sangat pendek walaupun waktu sana lewat satu jam dari waktu Malaysia.

Sampai je di Medan, kami disambut baik oleh pemandu pelancong yang juga merangkap kawan saya dan bermulalah aktiviti kami.

Disebabkan takut tak sempat nak shopping time balik, so kami ke Medan Mall dan pusing-pusing ambil angin Medan dulu. Kemudian kami terus menuju ke Brastagi.


Cuci-cuti mata je dulu sebab mood shopping belum sampai


Boleh tahan juga jalan di Medan ni. Nasib baik kami ada pemandu yang pandai bab-bab selok belok ni


Oh... Jem pasal keretapi nak lalu rupanya.


Perut pun dah lapar. Apa lagi, excited lah nak lunch buat kali pertama di Medan


Syukur Alhamdulillah... nikmat juadah harini


Sambung perjalanan terus ke Brastagi. Cantik betul bus-bus kat sana.


Welcome juice from Hotel sementara nak tunggu check in. Wah... senyum lebar semua ya


Masuk je bilik, semua terbeliak tengok bilik. Mak ai... besar nye. boleh main lari-lari lagi


View dari dalam bilik. Lihatlah pemandangan ni. Subhanallah. Hanya Yang Terindah.


Dah siap-siap kami pun turun dinner kat hotel je. Kebetulan pulak malam tu hujan. Huh, lagi sedap lah makan kan.


Alpokat juice pun bermula...


Together-together


Lepas dinner, lepak-lepak hirup udara dingin dimalam hari


Eh, kat hotel ada jual surveniour lah. Apa lagi... masuk jelah. Nak tahu saya beli apa kat sini?


Tadaa.. dapat beli sweater. Tak boleh tahan sejuk bangat sih. Then balik bilik & tidur.


Day 2


Lepas breakfast kami check out untuk ke Perapat.


Ini gambar dari view hotel restaurant


Tapi sebelum check out... mari bergambar dulu ^_^. Rasa macam nak stay lagi satu malam je kat sini.


Ini lah pasar buah. Nampak alpokat tu? Huh! memang favourite lah.


Antara deretan kedai-kedai jualan


Bermulalah semua rambang mata 0_o


Fridge magnet dan key chain yang utama


Cuba cari apa yang tersembunyi? Dah-dah cukup, satu jam je masa untuk shopping ok.


View masa dalam perjalanan ke Parapat


Hari dah mula hujan, kami cuma singgah di entrance aje. Spiso-piso waterfall entrance.


Meh baca ni, saya ceritakan sedikit mengenai Air Terjun Sipiso-piso. Air terjun ini merupakan salah satu tempat wisata di Pulau Sumatera. Berada di Kabupaten Karo, Sumatera Utara, yang tidak jauh dari pemukiman penduduk Desa Tongging. Air terjun ini berada di kawasan bukit dengan ketinggian sekitar 800 mdpl dan dikelilingi oleh hutan pinus. Pengelolaan wisata alam air terjun ini dipegang oleh Pemda Kabupaten Karo. Dengan memiliki ketinggian sekitar 120 meter, Air Terjun Sipiso-piso merupakan salah satu air terjun tertinggi di Indonesia. Dengan adanya air terjun ini, Kabupaten Karo menjadi salah satu tempat pelancongan yang paling diminati oleh pelancong dari dalam dan luar negara.


Nak jugak bergambar kenangan dengan geng kan


View dari atas, spiso piso. Tinggi woo...


Kita nak amik gambar dia. Dia amik gambar kita plak.


Ikan emas? Ada sejarahnya di Parapat.


Berhenti berehat hirup udara segar. Ada yang pening-pening dah. Jalan pusing-pusing tu...


Nak makan kene queue lor


Sesuai sangat dengan nama kedai 'Nikmat'


Kami stay di Danau Toba International cottage tapi kami cuma check in sahaja dulu. Ada misi lain sebelum masuk bilik.


Hah, Ini lah misinya. Kejar Feri. Siren dah berbunyi menandakan Feri terakhir nak bergerak dah.


Nak ke mana naik Feri ni? Kita ke Desa Tomok. Hujan nak turun dah.


Singgah di Batak Museum dan belajar serba sedikit tentang sejarahnya.


Pakai selempang apabila masuk ke kawasan kubur adat mereka di sana


Tak sempat nak candid, dah buat peace.


Tu dia... kiri dan kanan penuh dengan jualan.


Kualiti t-shirt kat sini eluk-eluk juga


Masa on the way pulang dari Desa Tomok, hujan. So, kami duduk di bahagian dalam pulak


Bak kata Malique - Senyum tak perlu kata apa-apa


Yeayh... belum masuk bilik semua dah jinjing beg plastik :D


Ada sebab kenapa bawak luggage besar O_O


Ok juga disini sih


Keluar je pintu bilik boleh terus lompat ni :D


Lepas bersiap, kami keluar untuk dinner. Pusing-pusing pekan tapi waktu malam kawasannya mati. Jadi kami pergi makan berdekatan dengan hotel. Menu : Nasi ayam penyet.


Then kami cuci-cuci mata lagi sampai lah hujan turun... Ingat nak terus tidur je sebab dah lewat tapi ada pulak karaoke kat tempat kami tinggal, so apa lagi... layan karaoke terus sampai jam 12am. Dah penat melalak, masuk bilik tidur.


Day 3


Sarapan di hotel restaurant


Bergambar dari dalam bilik


Pagi yang penuh ceria untuk menuju ke Medan


Lunch at Restaurant Garuda


Lunch menu


Yang lain semua tidur kat belakang tu, so apa saya nak buat? Snap gambar lah.


IM Temple. Visit jelah.


Besar betul patung nya


Paten Shop. Antara ole-ole yang terkenal di Medan.


Beli jugak lah walaupun tak banyak


Berhenti tepi jalan beli lemang + kaya. Fuh! sedap wei.


Singgah lagi, Kali ni tempat kain2 pulak. Bila sampai sini, baru saya tahu kain-kain serta telekung lagi murah di Medan berbanding Bandung.


Istana Maimoon. Dah sampai town Medan, memang harus ke sini untuk melawat.


Formal je semua. Sesuai dengan tempat :)


Kalaulah Istana ni Suki yang punya. Wahhh....


Sempat lagi nak shopping. Last call. Lepas tu kami check in hotel di Medan.


Dah siap bersihkan diri, Kami keluar untuk dinner. menu memang terbaik lah.


Perut dah kenyang. Jalan-jalan dan habiskan malam terakhir di Merdeka Walk


Day 4


Lepas breakfast di hotel, kami pun bersiap untuk balik ke Malaysia.


Walaupun kami tak dapat es teller, saya harap kawan-kawan berpuas hati dengan trip.

Alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat pulang. Next trip, Lombok.

No comments: