Bandung, Indonesia

Apa yang best kat Bandung? Hahaha... Confirm ramai yang akan kata Bandung itu seperti syurga untuk yang kaki shopping.

Oleh itu maka tidak hairanlah ianya setiasa dikunjungi oleh masyarakat tempatan atau luar negara. Pada hujung minggu kita akan dapati ramai penduduk dari Jakarta turun ke Bandung untuk melepaskan diri daripada kesesakan kota. Begitu juga dengan pelancong luar negara, hampir 90 peratus adalah orang-orang Malaysia dan keduanya diikuti oleh rakyat Singapura.

Saya nak cerita sikit pengalaman & apa yang saya dapat serba sedikit ilmu sepanjang perjalanan ke Bandung pada 02-04 March 2015 (3h 2m) dengan budget RM650.


Day 1

Sampai jer di Bandung, kami pergi lunch dulu Nasi Padang di Tone's Square sebelum check in di Marciella Hotel.


Nyum Nyum... sesuai sangat dengan perut yang tengah lapar ni.


Tempat menginap


Tak sabar nak baring atas tilam yang empuk


Pasar Baru Trade Centre

Hah! Tu dia... kawan2 dah tak sabar-sabar dah nak bershopping.

Ada yang pergi ke Bandung balik hari dari KL semata-mata nak beli barang kat sini. Betul lah apa kata orang, kat Bandung harga kain-kainnya jauh lebih murah dari KL. Ramai juga peniaga yang selalu turun ke Bandung ni untuk ambil stock jualan mereka. Yelah, asalkan dapat untung berbaloi lah jugak kan.

Tapi nak ingatkan juga, jaga poket anda ya. Bukan takut sebab duit habis. Tapi takot kalau-kalau ada penyeluk saku. Berhati-hati ok dan pastikan anda berjalan secara berkumpulan.


Sibuk dengan manusia


Kain pasang yang menjadi kegilaan wanita. Cantik kan.

Kat sini, saya beli kain telekung, kain pasang & t-shirt untuk family. Alhamdulillah. Semua settle kat sini je. Dah alang-alang kat sini, beli jelah terus. Sambil tunggu kawan-kawan lain shopping, saya duk cari makan utk kudap2 sementara nak tunggu dinner.


Bakso

Bakso Malang? Jangan fikir yang bukan-bukan ok. Nama je tu. Sana lain sikit rasanya dari yang jual bersepah2 kat KL ni. Sana lagi sedap tau. Aha.


Restaurant Mandeep


Bakso


Chicken roll with cheese



Rumah Mode

Tapi jika anda mengharapkan ketenangan di Rumah Mode, anda silap tempat. Oleh kerana tempat ini adalah ikon FOS di Bandung, ia penuh dengan pemburu barangan berjenama yang rela bersesak-sesak.


Entrance


Ada signboard ke ATM ok. Haha.

Harga barangan berjenama di sini mungkin tidak semurah Factory Outlet Store yang lain di Bandung dan barangan di dalamnya ada yang diragui ketulenannya. Namun begitu, kebanyakan pakaian di sini tidak dibuang labelnya seperti di kebanyakan FOS lain.

Jika anda tidak punya banyak masa untuk berbelanja, Rumah Mode mempunyai pelbagai barangan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, dari hujung rambut ke hujung kaki. Selesai berbelanja, anda boleh mengurut kaki dan menjamu selera di bawa satu bumbung.

Kat sini pun saya x de nak beli pape pun. Lenguh dah kaki ni.


Day 2

Jam 7am kami dah mula bersarapan. Nasi lemak + Kopi O. Nikmat. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang ada. Selepas sarapan, kami pun bergerak menuju ke destinasi seterusnya.


Nasi lemak juga yang dicari :D


Gunung Tangkuban Perahu


Teruja dengan ciptanNya

Tangkuban Perahu merupakan kawasan gunung yang paling popular. Ianya boleh dikatakan tempat ini mesti dikunjungi terutamanya kepada mereka yang pertama kali ke Bandung. Ianya terletak di kira-kira 20km dari utara kota Bandung. Gunung ini berketinggian sekitar 2,084 metar dari aras laut, suhu pada waktu siang sekitar 17 darjah celsius. Fuh, memang sejuk. Lagi sejuk dari Cameron Highland. Dengan anginnya lagi. Huh! Secara puratanya, terdapat lebih kurang 300-400 orang akan melawat Gunung Tangkuban Parahu setiap hari. Jumlahnya mungkin bertambah terutama pada cuti sekolah dan cuti umum. Pemandangan dari atas puncak gunung ini agak cantik, dimana kita akan dapat melihat pemandangan gunung-ganang di bawahnya. Rakyat tempatan mempunyai cerita lagenda yang hebat mengenai Gunung Tangkuban Parahu ini, iaitu kisah percintaan di antara Sangkurinag dengan Dayang Sumbi. Ikuti kisahnya di sini.


Floating Market

Floating Market Bandung merupakan kota Bandung yang sedang popular sejak dibuka Desember 2012 lalu. Dengan konsep kuliner dan alam yang cukup menarik perhatian pelancong. Pasar terapung yang ada disana merupakan pasar terapung satu-satunya di Bandung. Namun pasar terapung ini bukan benar-benar terapung di tengah danau tetapi 46 buah perahu disana sebenarnya berada di tepi danau untuk memudahkan pengunjung membeli apa yang diinginkan. Pada yang suka bergambar memang sesuai sangat dah tempat ni.




Perahu terapung

Sampai je kat sini... cari makanan kat perahu-perahu yang ada untuk lapik perut. Boleh tahan juga makanannya.


Kampung Daun

Kami singgah di Kampung Daun untuk dinner. Suasana romantis di Kampung Daun memang selesa yang mana ianya dikelilingi suasa pohon-pohon dan suasana semulajadi. Sangat sesuai makan bersama keluarga atau teman dengan suasana santai. Makanan Sunda & Padang merupakan antara jenis masakan utama di sini - anda boleh mendapatkan makanan jenis ini di banyak tempat dan ianya memang lazat dan menyelerakan. Tapi saya nak ayam penyet.


Nasi Ayam Penyet. Sedap wei.


Additional menu. Banana cheese. Fuh! meleleh!


Esteller di Kampung Daun memang terbaik


Factory Outlet

Factory Outlet ni unik dengan bangunannya. Ada yang menjual hanya kasut dan beg tangan, ada yang hanya menjual pakaian lelaki dan juga yang menawarkan di premis yang sama. Saya cuma teman kawan2 yang kaki shopping jer kat sini.

Pendek kata, jika akaun bank anda masih penuh, habislah... anda pasti rambang mata dan lenguh kaki berkunjung dari satu outlet ke outlet yang lain. Outlet seperti Heritage dan The Summit hinggalah ke Terminal Tas, siap sedialah jelah dengan poket anda tu.

Berbeza dengan Jalan Dago, di Jalan Riau ini anda bakal menemui pelbagai pakaian berjenama mewah seperti Versace dan Dior.

Jika anda mahu mencari barang terpakai seperti baju dan kasut hinggalah ke raket dan alat muzik, jangan lupa singgah ke BABE (singkatan untuk Barang Bekas) - tempat nombor satu di Bandung untuk mencari barangan begini.

Jika BABE belum cukup, pergi ke Old New di jalan yang sama. Kedai yang sarat dengan barangan terpakai dan baru ini mempunyai klien bukan sahaja dari golongan biasa tetapi juga selebriti dan anda boleh melihat sendiri foto mereka di dinding kedai.

Berbeza dengan FOS, anda boleh tawar-menawar harga di kedua-dua kedai ini.

Pendek kata, jika anda mencari barangan terkini atau barangan lama, anda perlu singgah ke Jalan Riau. Jika lapar, singgah saja ke mana-mana kedai makan di jalan ini. Tetapi kalau anda terasa rugi terpaksa berehat makan, beli saja snek Pisang Salai Keju yang popular sebagai lapik perut.

Waktu operasi : Jam 10am-9pm


Shopping sakan


Day 3

Kartika Sari

Nak cari apa lagi kat Bandung? Hah!! Saya tau saya tau (sambil angkat tangan) ^-^ Mestilah nak cari kek lapis. Betul tak? Di Bandung, Kartika Sari paling famous dengan pelbagai jenis kek. Walaupun harga agak mahal sikit tapi berbaloi lah dengan keenakannya tu. Boleh la beli beberapa jenis untuk buat ole-ole untuk family di Malaysia. Ataupun boleh juga kalau u all cari kek lapis kat area Bandung, banyak juga yg murah2 dan boleh tahan lah rasanya. Sedap juga.


Paling sedap. Brownies Choco Chip.


Kek Lapis Orange

Dah siap packing cake, kami pun terus pergi lunch di Tone's Square pekena nasi padang sebelum pulang ke Malaysia. Lepas dah kenyang kami pun pecut ke Airport. Huh! banyak juga dapat buat dalam masa 3 hari ya. Tapi rasanya kalau x pergi tempat shopping lagi banyak benda boleh buat. Betul dak?

Ok... Next trip kalau ke Bandung, boleh pergi tempat lain pulak.

No comments: