Singapura

Singapura? Dekat je kan. Walaupun dekat tapi tetap negara orang kan. Jadi, sebelum nak pergi jauh-jauh, meh kita visit negara jiran kita dulu.

First time pergi Singapura, kami naik KTM dan backpack je dari 03hb - 05hb October 2010 (2h 2m) dengan budget RM300 seorang :)


Day 1


Perjalanan bermula dari jam 11pm... Time tidur lah ni.


Berhenti berehat sebelum memasuki pintu Singapore


Alhamdulillah, selamat sampai


Setelah check in hotel, kami bersiap-siap dan sempat lagi online survey apa menarik lagi kat sini


Perut pun dah lapar, sebelum berjalan lebih jauh, kami pekena nasi beriyani dulu. Memang terbaik lah.


Untuk meneruskan perjalanan, kami pilih untuk naik MRT untuk ke destinasi seterusnya

Orchard Road atau Jalan Orchard adalah nama sebuah jalan di Singapura yang sangat terkenal dengan tempat untuk berbelanja. Selain dipenuhi dengan pusat belanja, Orchard Road juga dipenuhi restoran, spa, dan lain-lain. Bagi yang memang nak berbelanja, saya sarankan stay di sekitar Orchard Road supaya senang untuk berbelanja.


Jalan-jalan di plaza Singapura


Fotoshoot dulu


Antara rumah-rumah lama yang masih dijaga dengan baik


Berehat sebentar bersama kit kat


Walaupun bangunan lama tapi tetap nampak baru


Ni lah dia bila takde keje 0_0


Sesuai sangat tiga hero ni bergambar

Dah puas cuci mata di Orchard road, kami meneruskan plan kami untuk ke Little India. Little India pula adalah pusat komuniti India di Singapura. Dengan suasana khas India dan dipenuhi orang-orang India, Little India juga akan membuat anda seperti berada di India. Little India adalah tempat yang menjual berbagai jenis kerajinan khas India, berbagai jenis makanan khas India, emas, dupa, minyak pijat, perfume, kain dan lain-lain. Little India adalah salah satu tempat pelancongan di Singapura yang cukup menarik untuk dikunjungi.


Antara tarikan bangunan di Little India


Penuh dengan warna-warni

Setelah puas berjalan di little India, kami ke Chinatown pula. Chinatown hanya terletak seberang dari Little India. Chinatown adalah antara salah satu tempat menarik yang harus pergi. Sesuai dengan namanya, Chinatown adalah sebuah kawasan dengan suasana seperti di China. Majoriti penduduk di daerah Chinatown adalah keturunan Cina dengan bentuk bangunan, hiasan, barang dagangan, dan lain-lain. Chinatown sudah menjadi salah satu tempat pelancongan di Singapura yang paling disukai pelancong kerana budaya, dan juga sejarahnya.


Chinatown. Mulalah aktiviti shopping


Antara deretan gerai dan rumah


Singapura masih mengekalkan dan menjaga struktur bangunan lama


Kami sampai pun dah lewat petang, jadi boleh juga rasa suasana malam di sini. Meriah juga.


Dah puas berjalan di Chinatown, kami singgah untuk dinner. Try mee rebus.


Day 2


Hostel tempat kami menginap


Ready untuk check out


Check out sudah


On the way to MRT


Pengangkutan utama kami semasa di sana


Sementara menanti MRT

Esplanade terletak berdekatan dengan patung kebanggaan Singapura iaitu Merlion. Esplanade adalah sebuah pusat seni dan merupakan salah satu pusat seni yang paling aktif dan sibuk di dunia. Dengan bentuk atapnya yang unik, Esplanade memiliki banyak fasiliti yang berhubungan dengan seni, contohnya ruang konsert, teater, perpustakaan, ruang pameran lukisan, food court dan lain-lain. Walaupun takda event di Esplanade tetapi tempat ni tetap jadi tarikan pelancong.


Esplanade

Marina Bay Sands adalah ikon di Singapura yang terbaru. Marina Bay Sands adalah sebuah pusat hiburan dan resort yang baru dibuka tahun 2010. Penampilan visual bangunan Marina Bay Sands sangat unik dan 3 bangunan utama yang dihubungkan dengan bangunan berbentuk kapal di atasnya. Marina Bay Sands memiliki hotel, kasino, teater, ruang kesenian, restoran, klub, taman, hingga mall yang mewah dan lain-lain, semuanya dalam satu lokasi. Selain itu di atas bangunan berbentuk perahu itu terdapat kolam renang yang merupakan kolam renang terpanjang di dunia dengan panjang sekitar 150 meter, dan berada di ketinggian 200 meter. Di ketinggian tersebut, anda dapat melihat Singapura, Indonesia, dan Malaysia.


Marina Bay

Merlion adalah sebuah patung dengan kepala singa dan berbadan ikan yang sudah menjadi maskot Singapura. Nama Merlion merupakan gabungan dari “mermaid” dan “lion”. Taman Merlion Park buka 24 jam setiap hari dan terbuka bagi pelancong yang ingin berkunjung. Selain dari ambil gambar, anda juga dapat menikmati sungai di lokasi ini kerana Merlion Park terletak di depan Singapore River.


Merlion


One Fullerton


Berehat sebentar bersama starbucks


Ini warning ok


Hauuuussssssss...


Taman yang dikelilingi pejabat


Sama tinggi dengan bangunan wei...

Bugis Street adalah sebuah jalan di Singapura yang terkenal dengan tempat perbelanjaan. Berbeza dengan Orchard Road yang menawarkan pengalaman belanja mewah, Bugis Street menawarkan pengalaman pelancong berbelanja murah ala jalanan. Biasanya Bugis Street adalah tempat pelancongan yang ingin mencari oleh-oleh murah di Singapura. Nak ke Bugis Street, anda hanya perlu menaiki MRT dan turun di stesen Bugis dan cuma berjalan lebih kurang 50 meter dari stesen Bugis. Bugis Street juga adalah tempat perbelanjaan yang terbesar di Singapura.


Bugis Street


Antara laluan belakang rumah di Singapura

Masjid Sultan adalah bangunan bersejarah yang terletak di Kampung Glam, Singapura. Masjid Sultan adalah masjid yang pertama di Singapura dan sekarang sudah menjadi salah satu tempat pelancongan di Singapura. Masjid Sultan adalah lokasi tempat tinggal warga Indonesia yang berdagang di Singapura. Masjid Sultan terbuka bagi siapa saja yang ingin masuk melihat ke dalam, namun mungkin anda akan diminta menggunakan sebuah jubah panjang supaya nampak lebih sopan. Keunikan dari Masjid Sultan adalah kubahnya yang berwarna emas. Masjid Sultan sangatlah berbeza dengan masjid-masjid lain kerana bersih dan teratur.


Masjid Sultan


Berlatar belakangkan Masjid Sultan

Arab Street adalah tempat yang kuat dengan budaya timur tengah. Arab Street adalah pusat umat Islam di Singapura. Pelbagai jenis busana Islam dan kelengkapan ibadah dijual pada siang hari. Biasanya para pengunjung lebih suka untuk mengambil gambar pemandangan di sini pada siang hari sahaja.


Kiri dan kanan penuh dengan kedai-kedai jualan


Antara salah satu kedai yang mempunyai koleksi barangan antik


Koleksi Coke


Vespa

Selesai berjalan pusing-pusing Singapore kami pun berangkat pulang ke Malaysia dengan menaiki Bus. Moga-moga next time dapat datang ke Singapura lagi...

No comments: