Pulau Tioman, Johor

Mid year, mana tempat percutian yang best? Island. Island and Island.

Dalam penulisan kali ni, saya akan kongsikan serba-sedikit pengalaman semasa di Pulau Tioman bermula pada 24hb - 27hb June 2010 selama 4h 3m.


Day 1

Saya dan rakan-rakan naik bus transnasional dari stesen Putra dengan tambang RM29.80/seorang hingga ke Mersing. Kami ambil perjalanan malam je sebab kami akan check in pada esuk hari.


Day 2

Kami sampai di Mersing seawal jam 5am. Dari stesen bus Mersing ke jeti cuma ambil masa kira-kira 15 minit. So, apa salahnya berjalan kan lagipun hari masih awal.

Perjalanan bermula di Jeti Mersing. Jeti ni memang senang nak cari memandangkan bandar Mersing ni tak lah besar mana. Di jeti ni ada disediakan tempat makan, tempat letak kereta untuk orang yang nak ke pulau, juga pejabat urusan tempat-tempat penginapan yang beroperasi di pulau-pulau. Sampai je di jeti, saya terus beli tiket feri untuk ke Tioman. Tiket orang dewasa pergi-balik berharga RM70. Feri ni ada schedule nya. If penuh, u all kene tunggu next schedule pulak. Alhamdulillah, kami dapat 1st trip.


Boarding pass


Bergambar dulu sebelum sambung tidur ZzZzZz

Destinasi kami adalah Salang Indah. Dari jeti ke salang indah mengambil masa kira-kira satu setengah jam. Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat.


Bergambar bersama husband tercinta dulu semasa di Jeti Salang


Antara hero-hero yang mengikuti percutian ni

Tu dia... bilik kami tu... Atas air yg syok tu


Lorong ke bilik


Terkejut? besar kan bilik ni. Kami berempat dalam satu bilik memang selesa bangat


Selepas check in, kami berehat dan jalan-jalan je sebabnya masih penat melayan perjalanan. Percutian kalini memang nak santai-santai je


Salang Indah


Bersiap sedia untuk lunch time


Habis lunch kami memang lepak bilik je. Syok lah bilik atas air. Rasa tenang je jiwa dan raga ni. Ahaks.


Baca buku sambil melayan deruan ombak dan keindahan ciptaanNya


Tak sempat nak amik gambar, semua licin dah :D


Walaupun dah dinner tapi tetibe teringin burger pulak. Erm, Burger sini memang sedap lah. Ada mamat tu memang bukak stall burger tapi malam je dia berniaga. Yelah, pagi kelaut katanya. 


Day 3


Sebelum memulakan aktiviti snorkeling, kami sarapan dulu. Nasi lemak + kuih melaka. Memang terbaik lah. Saya tapau siap-siap dan makan kat depan bilik je.


Sambil jalan sempat beli donut. Aha. Banyak nya makan.


Yeayh! kawan-kawan semua nak pergi snorkeling. Saya tak pergi sebab kesihatan tak mengizinkan. HuHu sedih


Manakala husband saya register untuk buat diving kat sana O-O


Get ready tuk diving


Antara coral yang ada di Tioman


Dapat bagi roti kat ikan pun dah seronok :)


Hah, macam ikan bilis. Banyak betul


Lunch box untuk kawan-kawan yang buat aktiviti snorkeling


Sementara kawan-kawan pergi snorkeling, saya ambil masa ni untuk berehat


Bergambar sorang-sorang sebab time gini memang semua dah keluar pergi snorkeling, so takdelah segan sangat nak set timer


Basikal tua


Balik dari snorkeling, tak puas katanya... Sambung mandi kat tepi pantai pulak


Bila kawan-kawan dah balik baru ada teman nak gelak :D


Harini dapat tengok sunset depan bilik jer. Syukur.


Dinner malam ni. BBQ


Supper. Burger lagi 


Day 4


Last day punya menu sarapan


Trekking naik atas bukit pulak


Apa yang hero tu tunjuk pun tak tau :D

 
Nak jugak buat flip


Bergambar sebelum berangkat pulang


Semua happy je ye


Sampai kat Mersing, masa untuk shopping. Beli survenier untuk family

Alhamdulillah. Kami sampai di KL dengan selamat. Syukur. Nanti nak repeat Tioman lagi...

No comments: