Taman Negara, Pahang

Taman Negara Pahang merupakan antara taman negara yang terpenting di Malaysia. Dikatakan berusia lebih dari 130 juta tahun. Dan jugak merupakan antara hutan hujan yang tertua di dunia! Hutan dara ni meliputi kawasan seluas 4,343km persegi yang merupakan kediaman penting bagi lebih daripada 300 spesis burung, 200 spesis mamalia, 10,000 spesis tumbuh-tumbuhan, 150,000 spesis serangga, 270 spesis reptilia dan macam-macam lagilah!

Tarikan utama kat Taman Negara adalah "canopy walk", mendaki Bukit Teresek dan explorasi gua. Oleh sebab itu, pemeliharaan taman negara ini dijaga supaya generasi akan datang dapat turut merasai dan menghargai apa yang tersimpan di dalam hutan hujan ni.

Kebetulan sport club syarikat tempat saya bekerja ada buat trip ke Taman Negara. Apa lagi, memang saya join lah. Lagipun saya belum pernah sampai ke sini. Trip bermula dari 01hb hingga 03hb May 2009 selama 3h 2m. Banyak pengalaman baru yang boleh anda dapat disini.

Time sampai di tempat menginap, kami disambut baik sambil diberikan welcome drink dan jugak cold towel nak segarkan diri. Kemudian proses pemberian kunci bilik masing-masing berlangsung dengan jayanya. Kat situ jugak terletaknya reception untuk memudahkan proses check-in dan check-out para pengunjung.

Bila melihatkan kawasan sekeliling, bersih dan dijaga rapi ibarat duk dalam hutan tapi serba serbi lengkap. Ada kala tu boleh tengok rusa berkeliaran di kawasan sekitar resort nih. Boleh tengok babi hutan dan jugak tapir kalo berpeluang. Sebab tapir hanya boleh tengok pada belah malam-malam je. Pemalu katanya.

Bila dah masuk dalam hutan ni, mestilah terpikir apa aktiviti yang best nak buatkan. Takkan nak duk dalam bilik je 24jam. Bosan wooo... Sepanjang trip ni, macam-macam aktiviti yang kitaorang dah buat antaranya:

Night jungle walk
Jungle trekking at Bukit Teresek
Canopy walk
Boat cruise to Lata Berkoh
Rapids shooting at Kuala Terengganu
Orang asli settlement
dan lain-lain





Walaupun ada beberapa aktiviti tu memang agak memenatkan, tapi overall memang seronoklah! Takdela susah mana pun, yang penting kene gigih je. 

No comments: