Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Boleh saja bah kalau kau! Trademark sabah bah... Hehe

Ok, total cost saya semasa di Kota Kinabalu cuma RM300 sahaja. Kereta sewa, teksi ke airport, makan, penginapan, entrance fee, island hopping, souvenir & dobi.

Jimat tak? hah... nak tau macam mana? Jom! meh baca jap info saya nak share kat bawah ni.

AK5136. Inilah flight no. yang membawa saya terbang dan mendarat dengan selamat di Kota Kinabalu, Sabah. Last saya pergi Kota Kinabalu pada tahun 2013 itu pun sebab pergi mendaki gunung kinabalu. So masa tu tak sempat nak pusing-pusing bandar yang besar ni.



Kalini pergi 4h 3m dan trip santai-santai je sebab nak try pergi kundasang pulak. Dengan niat nak tengok lembu-lembu yang tengah tip top kat tv skang ni. Hotel dan transport semua dah booking awal2 kat booking.com. Sonang.

Sampai di Kota Kinabalu International Airport lebih kurang jam 1230pm terus je berjumpa dengan penyewa kereta. Dah siap booking awal2. Kebanyakan kereta-kereta sewa di KK memang standard harganya. Untuk keselesaan dan jimat minyak, saya pilih Perodua Myvi. Kadar sewaannya RM160 untuk 1 hari. Ok lah tu. Minyak memang dah ada separuh dalam tu kan nak terus pecut ke Kundasang jadi saya isi minyak lagi dalam RM20.

Perjalanan dari Airport ke Kundasang dalam lebih kurang 2 jam stgh juga, jadi masa on the way tu kami singgah makan di salah satu warung tepi jalan je. Menu : Nasi ayam penyet. RM6.50 jer. Sedap juga. Recommended! Korang kene cuba.


Lepas dah abis makan, perjalanan diteruskan terus ke Kundasang. Masa on the way tu saje nak lalu di Tamparuli, nak tengok jambatan tamparuli... barulah feel macam kat Sabah! Hehe... Nak singgah tapi pikir-pikir balik, takot gelap pulak nanti sebab location resort kat Kundasang pun tak tahu lagi dapat cari ke tak. Sebab semuanya based direction on paper. Print dari google map. Bukan tak nak guna waze, tapi yelah... kot2 lah tetibe kat sana xde line pulak kan. Sapa tau, kan? Lagipun disana cepat gelap berbanding di Kuala Lumpur.


Alhamdulillah... Jauh perjalanan harini ya. Sampai sudah di Kundasang. Walaupun masa sampai tu hujan mula turun tapi rasa syok pulak. Kenapa? Sejuk woo! Nak tahu kami stay mana? Sabar... Sabar... Tadaa!!




Cantik tak? Kiram's Village Cabin, Mesilou adalah antara tempat penginapan budget di Kundasang tapi pemandangan serta suasana yang paling mahal yang u all boleh dapat kat sini. Masa ni hujan so gunung dibelakang tu terlindung oleh awan-awan. Takpa, Esuk masih ada. Kita tengok view esuk pulak ya. Moga-moga cerah.

Antara bilik-bilik yang ada di Kiram's Village Cabin ialah:-



Bilik yang disediakan untuk kami ialah Broccoli Cabin. Ada 1 katil queen & 2 single bed. Harga bilik RM120/night. Kalau travel berempat, budget kan? Sorang RM40 untuk satu malam. Nak tempah atau tengok lebih jelas boleh klik disini untuk lebih details.

Hari pertama sampai memang takde nak buat aktiviti apa-apa sebab datang cuma nak view dan suasana Mesilou je. Dinner pun cuma dinner kat kafe je. Harga atas bukit kan. Mahal lah jugak. Nasi goreng pataya RM8. Nak kata apa? Tak makan kang lapar pulak kan. Ngee...

Sejuk... menggigil-gigil lagi sejuk kat sini. Lagi sejuk dari Genting Highland & Cameron Highland. Dalam bilik memang takde kipas mahupun aircond. Tapi tidur pakai sweater dan nyorok celah-celah selimut. Sejuk sangat nih!


Day 2

Pukul 6am dah cerah! Mak ai... cerah macam pukul 730am kat KL ni... tak boleh tidur dah. Bangun dan mandi je terus. Pastu rasa macam lapar pulak perut ni. Mana nak cari makanan? Hah! Jom saya tunjuk kat u alls mana tempat makan best pagi-pagi cegini.


Kene lah bawak kereta ni nak g pusing-pusing cari makan. Oh... kat bawah sebelum masuk simpang ke village ni ada orang jual sarapan pagi. Muslim dan halal. Banyak pilihan menu nya. Boleh pilih je apa yang u all nak. Harga kat bawah ni murah sikit lah. Nasi lemak/Bihun goreng/Rojak/Nescafe RM1 je satu bungkus dan kuih pulak RM1 untuk 3 biji, besar2 pulak tu.

Untuk breakfast pagi ni adalah dalam RM16 untuk 5 orang punya makan/minum. Kalau dibahagikan pun lebih kurang dalam RM3.20 je sorang. Murah kan? Tapi... apa yang penting? Yang penting sedap! Haha...




Lepas makan snap lah sesikit gambar sebelum check out. Takut nanti kempunan pulak nak tengok pemandangan kat sana. Untung tau sapa yang duduk kat Kundasang sini. Sebab tempat lain takde pemandangan yang macam ni. Ini pula gambar pemandangan dari gerai yang saya beli sarapan tadi nak menuju ke Kiram Village. Nampak jelas habis Gunung Kinabalu masa ni dan macam tak sangka pulak yang saya dah sampai kat atas tu satu masa dahulu. Huhu... Rasa macam nak repeat mendaki lah pulak.


Nak travel, buku pun kene bawa juga... Untuk dijadikan bahan bacaan tika ada masa yang terluang...


Jam 10am, check out dari Kiram's Village Cabin dan harini nak pergi town pulak. Masa on the way ke town banyak tempat-tempat menarik yang boleh dijadikan sebagai melawat. Tempat pertama yang saya singgah ialah Desa Cattle Dairy Farm.

Tempat ni makin famous lepas iklan susu lembu keluar di kaca-kaca tv. Makin famous lembu-lembu ni. Bila sampai entrance, u all boleh beli tiket dengan harga RM5 (dewasa). Waktu melawat adalah antara jam 8am hingga 5pm termasuk pada cuti umum.




Lepas dah ambil gambar berlatar belakang kan lembu dan gunung kinabalu, u all boleh masuk di Milk Processing Plant dan boleh juga kalau nak cuba bagi anak lembu makan rumput. Untuk rumput, RM1 sahaja dan kalau nak bagi anak lembu minum susu dalam botol pun boleh, RM2 sahaja.



Selesai jer pusing dalam kawasan ni, u all boleh beli souvenir dan juga air susu yang fresh lagi sedap! Rugi pulak beli 1 kotak je ritu. Hehe...


Lebih kurang satu jam setengah juga jalan-jalan kat sini dan lepas minum, kami teruskan perjalanan ke Kundasang War Memorial pula. Tiket masuk RM2 seorang.

Ini yang dinamakan lawatan sambil belajar. Sejarah-sejarah lama tetap kene ambil tahu dan diingati. Kundasang War Memorial terletak dibelakang deretan kedai pekan Kundasang ini adalah tugu peringatan serta memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa perang Dunia kedua.



Semasa perang dunia kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.


Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan pegawai Farmosa yang sangat kejam terhadap  tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun.


Dari Kundasang, kami teruskan perjalanan ke Ranau. Firstly, macam nak pergi ke Hot Spring tapi bila tengok jarak perjalanan, rasa macam tak sempat pulak. Takpelah... Kat semananjung pun ada banyak Hot Spring yang boleh pergi kan. So decide pergi ke Sabah Tea je. Perjalanan pun tak sampai 1 jam untuk ke Sabah tea. 


Masa sampai disini... kami cuma jalan di bahagian souvenir dan sekitarnya sahaja. Cuma ambil view dari kereta sahaja.



Dari Sabah tea kami terus ke KK dan sebelum masuk town, kami lalu di rumah terbalik dan rasa ingin tahu tu ada sebab Rumah Terbalik (The Upside Down House of Borneo) dah masuk dalam the Malaysia Book of Records. 


Harga tiket RM10.60 (dewasa) dan RM5.30 (kanak-kanak). Bagi yang nak merasa tu boleh lah masuk atlist dapat sikit info tentang kehidupan masyarakat sana. Di dalam rumah terbalik tu u all tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Antara sebab2nya ialah mereka taknak orang tiru idea serta taknak perasaan ingin tahu orang yang belum pernah pergi tu semakin berkurangan. Setengah jam jer kat dalam tu then kami gerak nak check in. 

Ok, sampai dah kat apartment. Promenade Service Apartments. Memang besar bilik ni. puas hati sangat. Stay 2 malam kat sini. Nak check harga boleh klik disini

Sambil2 nak tunggu turn bersiap, kereta sewa tu kami pulangkan semula pada tuannya. Oh lupa pulak, sebelum pulangkan kereta, kami isi minyak RM15 lagi. Sebab syaratnya, masa ambil kereta minyak ada separuh tank so masa pulangkan pun kene lah pulangkan separuh tank kan. 

Duduk town xperlu guna kereta sewa dah. Boleh jalan kaki je kalau nak pergi makan, shopping dll.


Lepas dah siap-siap bersihkan diri, kami keluar untuk makan malam. Malam ni kami pilih makan di pasar tapi bukan makan seafood. Kami makan simple je. Cakoi! Cakoi kat sini adalah cakoi yang paling terbaik. Sebab? Sebabnya cakoi tu dipotong-potong dan letak butter n kaya ditengahnya. Pergh!!! meleleh! Siap tapau sebab nak repeat makan dalam bilik. Last makan cakoi sabah masa kat Sempurna beberapa tahun lepas.


Lepas makan, just jalan-jalan ambil angin kat waterfront dan masuk shopping mall. Saje nak aircond. Haha... Rasa dah letih kaki ni, balik bilik dan tidur. Sambung esuk punya program pulak.


Day 3

Hari ketiga, breakfast kat kedai mamak je. Then terus pergi Jesselton point (ferry terminal) untuk ke Island pulak. Memula plan macam nak ambil bus je tapi rupanya bus pun dah tukar route. Tak lalu depan jeti dah, so dari apartment kami jalan kaki je. Dalam 15 minit je sampai dah. Ok juga kan, atlist boleh tengok sekeliling.

Sampai di jeti, ada banyak kaunter yang mana korang boleh pilih. Sama je semua rate cuma service jelah yang beza. Kami pilih kaunter no 1 je (Persatuan Pengusaha Bot Pelancong Pantai Barat Sabah. Panjangnya nama. Hehe...

Pilihan kami pergi satu island je (Sapi Island) boleh lepak lama sikit. Takot kang tak puas pulak nak mandi sekejap-sekejap kan. Untuk ke Sapi Island, ticket RM45 seorang + RM15 untuk mask dan life jacket + RM3 untuk conservation fee.



Bila tahu ada 5 jam boleh lepak kat sini, so pada awalnya duduk berteduh kat bawah pokok dulu. Panas terik! Tapi bila dah masuk dalam air, erm... taknak keluar dah tambah-tambah bila nampak ikan.




Dah puas mandi sampai jam 3pm, boat pun dah sampai dan bawa kami ke jetty semula. Masa atas boat, rasa nak tidur pun ada. Sedap betul anginnya.

Balik, kami jalan kaki juga. Sambil-sambil jalan masuk lah mana-mana shopping mall dan kedai2 yang boleh cuci mata. Sambil jalan-jalan terjumpa pulak bangunan kinabalu international hotel ni. Tak sangka pulak masa ni Tun Dr mahathir yang rasmikan. Apapun, saya memang solute kat Tun.


Kami balik ke bilik terus dan bersiap2 untuk jalan malam ni pulak. Bukan apa, time makan kene makan.

Malam ni repeat lagi cakoi sebab tahu esuk nak balik dah. Dan malam ni no camera. Bateri semua habis dah. Kami cuma jalan-jalan kat pasar tu je. Dan dihadapan Pasar kraftangan ada macam uptown, so jalan-jalan situ je. Murah juga kalau beli souvenir kat sini. Rasa macam kaki dah penat, balik bilik dan tidur.


Day 4

Pagi ni breakfast kat bilik je. Tapau je breakfast kat bawah & air buat sendiri. Tea & coffee dah siap provide dalam bilik tu. Lepas makan, kami check out tapi beg tinggalkan di kaunter receptionist dulu. Tak sanggup nak bawak beg besar2 utk beli souvenir yang tak cukup lagi.

Harini jalan kat Pasar Kraftangan. banyak pilihan menarik yang boleh beli kat sini. Kain batik, kain pelekat, mutiara, tshirt, dompet dan lain-lain.



Dekat area pasar kratangan ada juga pasar yang jual keropok, ikan masin dan lain-lain... Kalau nak buat buah tangan buat rakan-rakan pun sesuai juga.

Bila dah complete cari barang, kami lunch di McD jer harini. Sajer nak makan fastfood pulak. Lepas makan kami ambil beg kat receptionist kaunter tadi dan ambil teksi kat depan apartment je untuk terus ke Airport. Teksi charge RM30 untuk satu teksi. Ok lah, bila tong tong kira jimat kan!

Cepat je masa berlalu... Alhamdulillah. Selamat sampai sudah di Kuala Lumpur. Selesai dah tour 4h 3m saya ke Sabah tahun ni. Insyaallah ada rezeki, datang lagi.

No comments: