Lombok, Indonesia

Hello guys, lama betul rasanya tak update blog. Sejak balik dari Krabi last year, memang saya agak busy sikit tambahan pula dengan kekangan masa. Huhu.

Ok, lar ni baru nak update percutian 2nd trip saya ke Lombok, Indonesia. Lombok lagi? Ye... Lombok! Lombok! Lombok! Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan keindahan ciptaanNya. Tambah pulak dengan makanan yang terlalu sedap. Fuh! Terangkat weiii! Tak caya? U all kene cuba pergi Lombok dan baru dapat  feel apa yang saya gambarkan tu. He he...

Untuk trip kali ni saya membawa kenalan saya seramai 8 orang pada 19hb-24hb February (6h 5m) dengan budget RM1000/pax. Lama tak? Murah tak? hah... berbaloi sangat wei sbb semua dah all in. 


Day 1

Seperti biasa saya tetap memilih AirAsia. Low Fare. Ticket flight return RM200 je sorg. Murah kan. Sebelum ke KLIA2, rasa macam nak tukar duit lagi pulak. Sebelum naik bus di KL sentral sempat lagi saya ke NU sentral untuk tukar lagi duit rupiah. Erm... masa saya pergi ni, duit Malaysia tengah jatuh. So agak tinggi jugak lah rate masa tu. IDR 1juta = RM318. 

Lepas dah tukar duit, cepat2 pergi ambil bus ke KLIA2 walaupun tahu bus memang ada jer setiap 15 minit. Harga bus dari KL sentral ke KLIA2 kalau beli kat kaunter RM11/one way and return RM22. So saya suggest, if u all beli tiket flight tu, beli je lah sekali dengan tiket bus Rm17.80 return. Murah sikit.

Flight sepatutnya pada jam 1535 tapi disebabkan hujan yang agak lebat masa tu, flight kami delayed satu jam. Jam 1635 baru flight bergerak dan tak sangka pulak sampai awal dalam 20 minit. Ada shortcut ker? Ha... Ha...
Alhamdulillah... selamat sampai dah di Lombok. Acara pun bermula. First, makan dulu. Kekeke... Nasi Balap Puyung dan air kelapa gula merah. Terangkat-angkat dah ni... Pedassssss!!!




Lepas makan, kami check in terus di Kabana hotel, Mataram. Hotel budget tapi bersih dan staff yang friendly. Disebabkan dah kali kedua datang sini, staff-staff situ pun dah kenal saya. Alamak! susah macam ni. Aha


Day 2

Kat Lombok ni, masa sama je dengan masa di Malaysia cumanya cuaca di sana cepat terang. Jam baru pukul 6am tapi dah cerah macam pukul 7am waktu Malaysia. Malam pertama kat Lombok, lena. Haha! Nyaman sungguh. 





Hari kedua di Lombok dan aktiviti pertama yang kami nak buat adalah snorkeling. Nama pun Pulau Lombok, mesti lah nak snorkeling kan? Yuk ibuk2 bapak2 kita ke 3 pulau harini.


Gili Nanggu, Gili Kendis & Gili Sudak.


Gili? Gili tu apa? Hah, kalau korang nak tau Gili = Pulau.


Tepat jam 9am, kami bergerak ke tempat yang dituju.






Gili Nanggu ni private island. So kat sini memang tak ramai sangat orang. Rasa macam Gili ni ana yang punya. Ha Ha Ha... So, boleh bebas nak snorkeling dimana-mana.
























Meriah juga nasi bungkusnya ni. Rasanya? memang super mantapp lah! terbaik. 2 bungkus habis. Ha Ha...















Sementara nak tunggu makanan hadam, mulalah penuhkan masa dengan bergambar











Dah puas makan dan bergambar, kami sambung snorkeling balik. Tadi snorkeling di hujung pantai sebelah kiri, skang nak cuba snorkeling di hujung pantai sebelah kanan pulak. Tengok apa yang ada.

Korang nampak tak apa yang saya nampak kat bawah ni? Gila lah... Banyak betul ikan. Takot... laarikkkkk!!!


Takot sangat sampai kene pegang tangan kawan. Walaupun tahu ikan tu tak gigit.

















Ini pertama kali saya jumpa. Memancing tapi dengan orang yang memancing sekali berendam dalam air. Dah kenapa? Petua ya?


Rumah terapung... Dulunya chalet penginapan terapung tapi skang jadi port memancing pulak. tak caya? tu.. cer tengok betul2 orang dalam gambar ni. Hah, tu tengah memancing lah tu 


Di Gili Sudak ni, kami tak snorkeling pun. Cuma seronok2 berendam dalam air jer. Takyah tunjuk kot gambar2 tu kan lagipun ada yang silau mata memandang nanti. Eceh!


Ok, ni masa kat Gili Kendis. Nampak tu gadis2 sadis. Aha



Posing maut akak baju kelabu tu ya tanpa disedari dia sedang menjadi bahan ketawa :D




Boleh pulak terjumpa sea star. pakai spec nampak nsome sikit kan



Bapak, bisa saya ambil foto bapak? Saya mahu buat kenangan foto ini... "Iya, bisa"

Lepas dah puas mandi-manda kami pun pulang sebab hujan pun sudah turun... Alhamdulillah... nasib baik dah selesai semua baru hujan turun.

Lepas mandi ala-ala kadar, dapat pulak makan jagung rebus. Pergh... memang terbaik.

Hari dah gelap! Siap-siap dan terus gerak balik hotel. Sebelum balik bilik, kene lah makan malam dulu. Meriah lagi!

Ikan masak ala-ala asam pedas, satay, lala, sayur ala-ala pecal dan ayam bakar


Rasanya makanan belum habis sampai, kami dah makan dulu... sedap sangat. Bertambah-tambah. Lepas dah selesai semua, kami dihantar pulang ke hotel untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti keesokannya pula. Sampai hotel tepat jam 9pm.


Day 3

Bangun pagi... gosok gigi, cuci muka terus mandi... nyanyi pagi2 sebab rasa tak sabar nak pergi berjalan untuk harini pulak. Lepas breakfast, tepat jam 9am kami pun menaiki van dengan hati yang penuh ceria.


Harini kami akan ke Gili Pasir, Pantai Pink, Tanjung Ringgit dan snorkeling di Gili Petelu.









Gili pasir... pelik kan namanya? Tapi itulah realitynya dimana pulau ini muncul di permukaan dan boleh dilihat pada saat permukaan air laut surut. Saat permukaan air laut surut itulah kita boleh merasakan sentuhan hangat Gili Pasir Lombok Timur ini. Tak caya? tengok gambar2 ni...

Masa gambar ni diambil, saya betul2 dikelilingi air laut. Kat tengah2 ni jer yg ada pasir. Mesti u all tertanya-tanya yang ada pokok2 tu pulak pulau apa kan? Hah, itu Gili/Pulau Ular. Kat situ memang banyak ular samada dalam air mahupun di pulau itu sendiri. Memang takde orang yang berani nak kesitu. Huhu.










 Ni lah dia tour guide saya yang handsome lagi menawan hahaha




Alhamdulillah, sporting sungguh group saya kalini. Tak mengira usia, bila suruh melompat... Semua melompat. Cayalah!! He He... Dah puas bergambar kat sini, kami gerak ke Pantai Pink pula.

Pantai Pink. Kenapa pink? Sebenarnya warna pantai ni sama je macam pantai2 yang lain tapi pasir di sini bercampur dengan serpihan2 terumbu karang halus yang bewarna kemerahan dan itu yang membuatkan pantai ini kelihatan bewarna pink. 

Akan tetapi, warna pink akan lebih jelas kelihatan apabila air laut tu sentuh pada pasir di situ apalagi bila ada sinaran matahari. Warna pink itu akan lebih jelas.

Kat sini boleh je kalau nak mandi manda, memang sini port orang2 lokal santai2 hujung minggu. Kalau datang hari biasa, kurang orang kat sini.













Dari pantai pink u all boleh upah saja mas mas yang lagi sado untuk hantar ke Tanjung Ringgit. Pengalaman yang mungkin korang takkan lupakan sampai bila2. Nak tau kenapa? Kena naik moto wei... walaupun  korang expert bawak motor  kat KL ni, tapi kalau kat Tanjung ringgit ni, derang ni lagi expert tau. 

Perjalanan pun bermula...







Tinggi tau bukit ni... Tengok akak tu, dah macam kayuh basikal je nengoknya. Saya pulak kene menapak sikit, enjin motor mati pulak :D

Tadaa... sampai dah! ini lah dia Tanjung Ringgit. First time sampai sini tahun lepas, saya menangis... sebab rasa macam teruja sangat dengan ciptaanNya. Tak sangka dapat datang lagi ke sini. Alhamdulillah...









Cuaca di Pulau Lombok memang panas terik... So saya nasihatkan u all minum air mineral banyak2. Yelah, badan kita kan memerlukan air... 

Dah rasa macam tak larat duduk atas tu lama2, gerak lah balik ke pantai pink balik. Perut pun dah berdondang sayang ni.



Selamat dah sampai pantai pink. Terima kasih mas... Insyaallah jumpa lagi...

Lunch time... Fuh! terkejut tengok menu tengahari harini...

Ada sotong, ketam, ikan bakar, ayam, sayur, sambal. Pergh!!! semuanya besar2 lengan! Memang makan sampai puas ni. Habis makan nasi, layan air kelapa muda pulak tengah2 panas ni... Huh!




Habis je makan, rehat-rehat kejap kat pondok bagi makanan tu hadam dalam perut dulu. Lepas ni nak snorkeling pula.

Sampai dah Gili Petelu. Port snorkeling. Masa ni angin dah kuat tanda hujan nak turun... Tapi boatman kata, takpa masih sempat lagi nak terjun. Keke.. So apalagi, saya taknak lepaskan peluang ni... Ada juga beberapa orang yang tak nak turun. Perut masih kenyang lagi katanya.










Nampak jugak nemo... yeayh...



Masa nampak lubang ni... seram sejuk dibuatnya. Yelah.. tak tahu apa ada kat dalam tu kan.


Masa ni memang dah gelap sangat dah. Ombak pun dah kuat... cepat2 naik boat... Dah nak naik boat, tapak pulak sea star ni...




Masa on the way balik, kami singgah semula di Gili Pasir. Air dah mula naik, so kami nak mandi kat sini pula. Hehe. Tadi tu cuma singgah bergambar je, kan...



  


Di Gili Pasir ni, ada banyak sea star, so kalau u all bernasib baik, memang akan jumpa sea star ni macam2 warna... cantik sangat. Colourful.

 Ok ok dah... Jom balik!! Dinner time nak sampai dah ni...


 Special... Air kelapa pandan




Dinner harini makan ayam taliwang raya. Fuh! ending ceritanya... semua pinggan licin. haha



Agak2 dalam satu jam lepas tu, balik ke hotel dan malam ni semua tidur awal.. penat sangat. Sambung esuk punya aktiviti pulak. Sampai hotel tepat jam 9pm.


Day 4

Hari ni kami check out dari Kabana Hotel sebab malam ni nak lepak Gili Trawangan pulak.






Breakkfast tu penting. Mari mari... makan... harini kami gerak awal sikit... Dalam pukul 8am macam tu... so, sempatlah singgah di Villa Hantu... hahahah











Di villa hantu ni, tak lama pun. Snap2... gerak. Nak kejar boat time... Dah alang-alang lalu... singgah pulak di Malimbu atau lebih dikenali sebagai Malaka. Kali ni saya datang, tak nampak pulak gunung dibelakang tu. Gunung berselindung disebalik awan. Eceh...







Dari Pantai Malimbu, kami terus ke jeti untuk naik speed boat ke Gili Trawangan. Speed boat lagi selesa dan cepat. Dalam 10-15 minit jer.



Sampai saja di Gili, kami tak check in hotel lagi, tapi kami terus untuk aktiviti snorkeling di 3 pulau yang famous di Lombok ni. Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.

Santai-santai dulu sementara menanti boat.














Selesai snorkeling di Gili Trawangan, kami lunch di Gili Air.  






Selesai je makan, kami rasa macam teringin nak makan eskrim Gili Gelato... Lepas tu kami terus naik boat untuk snorkeling di Gili Meno pulak. Nak tengok turtle pulak. Insyaallah kalau ada rezeki.




 

Nampak tak turtle tu? Cer perhatikan betul2... Ada... Selesai snorkeling kami pun balik ke Gili Trawangan... 

Bagi saya, siapa yang nak snorkeling better pergi ke 3 pulau yang saya pergi on 2nd day tu. Lagi jelas and lagi banyak ikan yang korang akan nampak berbanding dengan 3 pulau ni.


Tadaa... inilah dia tempat tinggal yang kami pilih. Lumbung Cottage. Besar tau bilik ni. Selesa sangat. Yang tengah tu swimming pool... bukan laut ye. Haha.

Lepas check in, siap2 sewa basikal (Rp 50.000) dan pusing satu Gili Trawangan, ini jer kemudahan yang ada kat situ selain cidomo (kuda). Kalau nak jalan kaki pun boleh... tapi jauh. Setakat satu hari, takde masalah kalau nak sewa basikal ni.









Kalau ke Gili, tempat yang menjadi tumpuan adalah buaian. Sekarang dah banyak buaian di bina dan majority yang datang ke Gili Trawangan ni sebab nak ambil gambar je. So, masa trip kalini saya tak excited sangat dah nak bergambar kat sini. Cukupkan syarat je. Hehe.

Masa datang kalini hujan... takde sunset.. Huhu... takpa, esuk kitra tengok sunrise je. 

Skarang kita g dinner je lah. Makan itu best!





Lepas makan... kami jalan-jalan di gili ni... malam memang meriah dengan orang2 luar. Bar memang penuh tak terkata!

Agak2 dah lebih 15 minit kayuh beskal, kepala pun pening. So, decide balik bilik and tidur jelah. Sambung esuk je. Gudnite!


Day 5

Pagi ni bangun awal sebab nak tengok sunrise. Semalam kan hujan, tak dapat nak tengok sunset. Jam 430am dah mula kayuh basikal... Time ni best lah nak kayuh, rasa tenang je sebab takde orang lalu lalang. Hehe...

Subhanallah... cantikkan... Tak sampai setengah jam, matahari dah naik tinggi dah... 



Rasa dah puas tengok sunrise and pusing2 trawangan, kami pun balik ke Lumbung Cottage dan bersiap2 untuk check out. Tak sabar nak pergi waterfall pulak.



Tadaa... rasa macam nak mandi swimming pool ni tapi apakan daya... semalam dah berendam lama kan. So, tahan jelah... Breakfast time! 


Lepas breakfast, kami check out and naik speed boat untuk ke jetty semula. Kemana nak pergi pulak harini? Hah! Ini pun best tau... Kita ke waterfall paling best di Lombok pulak.

Sampai di Rinjani Lodge, sebelum ke waterfall, kita lunch dulu ya.







Ya Allah... nampak sangat sunburn dah muka tu. Hahaha... pengorbanan itu harus ada. Ok... lepas makan, mulakan perjalanan ke Waterfall Sendang gila & Waterfall Tiu Kelep.

Inilah dia yang dipanggil waterfall sendang gila... Bila sampai dan lihat sendiri waterfall ni... memang u all sendiri akan rasa gila. Gila sebab sejuk dan best sangat airnya...

Dari Sendang Gila ke Tiu Kelep u all kene ikut laluan yang disediakan. Kalau santai-santai, adalah dalam 30 minit. Trek takdelah adventure sangat. Biasa2 jer. Saya pakai selipar. Ok jer...





Yang best nyer, bila kene cross sungai. Memang best sangat lah bila dapat basah2 ni kan.



















Ini bukan saje-saje ye. Memang u all kene lalu bawah batu ni. Muat jer, jangan risau!



Yeeha! Nampak dah waterfall Tiu Kelep kan! Masa sampai ni, sini hujan. tapi takdelah lebat. Di sini takde kepala air so tak perlu gusar-gusar ya. Boleh je mandi dengan selamat InsyaAllah. Cuma kene hati2 di bahagian air yang deras tu turun sebab kat situ ada selut. Kalau dekat dengan area air yang deras tu, u all akan rasa seperti ditarik2 dan mungkin akan meragut nyawa.  Berseronok tu takde masalah tapi beringat-ingat ya.






 Betul... ini adalah antara waterfall terbaik yang pernah saya pergi!








Gayat kan? Tinggi woo... Ok, masa perjalanan balik, nak kan pengalaman lain dari yang lain. Kita lalu dalam laluan air sungai ni. Orang KL panggil longkang kan? Hehe. tapi ini air bersih tau sejuk pulak tu. 



Air nya dalam juga, paras paha. Dalam tu memang gelap. Bagi saya tak perlu pasang torchlight sebab baru feel. Nampak kerjasama dalam kumpulan bila dalam tu sebab semua pegang tangan taknak lepas dan kalau ada lubang atau apa2 dalam tu, orang depan akan bagi info dan pas2 mesej hingga kebelakang. Kan kerjasama namanya tu.


Hah, yang ni saje jer taknak cerita pada awalnya. Sebab nanti kalau memula cerita korang mesti taknak pergi... Ok, masa dari entrance ke waterfall sendang gila, u all kene turun tangga. Adalah dalam 100 +++ biji tangga... So, masa balik confirmlah u all kene naik balik tangga2 ni. Huh! berpeluh.





 Sampai dah tempat entrance kita tadi... yeay!!! Berjaya! Kalau u all penat, berehat je, takde masalah. Kat situ ada sediakan pondok kat beberapa pick stop.


Tak sangka pulak walaupun hujan tapi kami dapat juga ke waterfall. Alhamdulillah...



Sampai je tempat kami lunch tadi, apalagi... masuk swimming pool lah! view cantik ni. Nak tau kenapa nama tempat ni Rinjani Lodge? Sebabnya, belakang tu kan view Gunung Rinjani.









Adalah dalam sejam jugak kami berendam, kami pun siap2 terus dan gerak. Perut dah lapar...

Ini lah tour guide masa di waterfall. Tak sangka jumpa untuk kali kedua dah. Hehe... harap bukan jodoh kita ya.

Ok, dalam sejam perjalanan, sampai dah di Furama Senggigi. Makan tepi pantai ni... masa ni semua lupa nak amik gambar. Nasib baik tour guide kami ada ambil gambar walaupun kami semua tengah sibuk nak makan. 



Hah, mesti korang pelik kan... kenapa tetibe ada 4 orang jejaka ni? Hehehe... kebetulan trip hari ini sama tour guide, so alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke rebungnya. hahahaha... No hal der, masing-masing nak merasa percutian yang indah kan. 

Lepas makan, kami check in di Puri Senggigi hotel dekat jer ngan tempat makan kami ni. Malam ni memang semua tidur awal. Dah mula sakit kaki sebab kayuh basikal dan trekking. Hahaha...


Day 6

Pejam celik pejam celik dah 6 hari dah kat Lombok ni. Uwaarrgghhh... Nak kene balik Malaysia ke? Cepat sungguh masa berlalu ya. Rasa tak semangat sunggu nak packing barang harini :(

Sarapan untuk pagi ni... Fried rice with Lombok coffee! Hah, korang kalau datang Lombok kene cuba kopi Lombok ya. Halus je serbuknya. Kalau beli buat servenior pun boleh. Kat Lombok ni apa yang tak boleh? Semuanya boleh... Hahaha




Lepas breakfast kami check out dengan selamatnya tanpa ada barang yang tertinggal. Insyaallah. Kami tak larat nak pusing hotel ni. Besar sangat. So, memang lepas breakfast terus check out aje sebab lepas ni banyak lagi tempat yang kami nak pergi.

Tempat pertama yang kami pergi harini adalah Lombok Exotic. Dekat jer dengan hotel kami... tak sampai 10 minit kalau tak silap. Kat sini banyak yang u all boleh beli buat servenior untuk keluarga dan kawan2.

Inilah hasil tangkapan yang saya dapat harini ^-^ Lepas dah puas shopping di Lombok Exotic, saya request nak singgah beli Tahu Lombok pulak. Tahu? kat Malaysia pun kan ada? Ye ye tahu kat Malaysia pun ada tahu tapi tahu Malaysia dalamnya kosong tak macam Lombok, isi tahunya penuh, pejal tambah pulak dapat cicah dengan kicap pedasnya. Pergh!! Meleleh wa cakap lu. Kalau tak caya, nanti u all cuba tau.

Dari tahu, kami ke kedai pearl pulak. Hah, nama pun perempuan kan. Ada jugak yang membelinya :p Pilihan tu banyak sampai ada yang rambang. Anggaran pearl kat sini pun dalam RM30-RM300. Ikut citarasa masing-masing.



Seterusnya kami ke Sasak. Kat sini pun banyak barang-barang servenior yang boleh korang borong. Lagi banyak lagi cantik. Tapi kalau nak beli Tshirt saya suggest u all beli kat Lombok Exotic je. Kain lebih berkualiti.


Dah hampir setengah hari shopping, perut pun lapar balik dah. Lunch mana harini? Lunch di Nasi balap puyung. Tempat pertama yang we all dinner masa memula sampai haritu. Saja nak repeat sini sekali lagi sebabnya ada yang nak tapau bawak balik Malaysia katanya... Abis semua nak tapau. Haha.

Semasa tengah lunch, hujan lebat sangat masa ni tapi kami teruskan juga perjalanan kami ke Tanjung Aan, Pantai Seger dan Kuta Lombok. Masa sampai sini pun masih lagi dalam keadaan hujan, jadi kami decide taknak turun. cume ambil gambar dari dalam kereta saja. 

Dari Kuta Lombok ke airport, kami akan lalu Desa Sade. Jadi kami singgah sementara masih ada masa sebelum ke Airport.





Sebelum masuk ke dalam, dengar dulu penerangan mas ni ya mengenai budaya di sana. Bila dengar cerita ni, baru lah kami paham kenapa Lombok dikaitkan dengan kahwin lari. Rupanya adat sesetengah mereka memang begitu. Adat mereka itu juga kekal hingga ke hari ini. 

So, pada yang nak datang Lombok tu jangan risau ya. Insyaallah, orang kat sini semuanya baik2 belaka. Kalau orang Malaysia tak nak balik tu maknanya sebab dah jatuh cinta dengan pulaunya bukan orangnya ya. Aha.

Ini adalah tempat tinggal serta hasil kerja tangan penduduk di Desa Sade.











Hah, yang mana masih ada baki tu boleh lah settlekan kat sini je. Bila lagi nak guna Rupiah tu kan.

Masa tak mengizinkan kami untuk lama disini sebab flight kami jam 720pm ni. Huhu! Dari Desa Sade kami terus ke Airport.

Alhamdulillah, urusan di airport teratur dan tiada masalah. Cuma masalahnya kawan2 nak mintak flight delay sebab masih belum puas di Lombok. Hahaha... ade ker patut...

Masuk je flight semua tak sabar nak makan. Makan itu kan best! Dinner kat flight ler harini :)

Alhamdulillah, tiga jam dah perjalanan kami dari Lombok ke KLIA2. Selamat sampai dah! Syukur!

Last sekali nak cakap, LOMBOK is the BEST island in the world. Sapa yang belum pergi tu, better pergi sebelum island ni tercemar.

Next time kita jumpa di trip lain ya kakak2, kawan2 & adikku sayang ^-^ Cik Suki chow dulu.

No comments: