Penang

Sebut je Penang, terus terliur dah! Penang ni kira macam kota makanan yang paling sedap dalam Malaysia. Macam-macam ado... Boleh dikatakan setiap tahun mesti ke Penang. Bukan atas urusan kerja tapi saje pergi sebab nak makan. Boleh? Hah, itulah dia Cik Suki. Dari KL perjalanan ke Penang tu takde lah jauh sangat. Kalau tak jem, dalam 3jam stgh sampai lah. Penang pun banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi.

Jambatan Pulau Pinang adalah tarikan utama di negeri pulau mutiara ni. Walaupun ia bukan lokasi untuk pelancongan tetapi jambatan yang terpanjang di Asia ini adalah trademark kepada industri pelancongan di Penang. Mercu tanda lain yang menjadi identiti Penang ialah bangunan Komtar yang setinggi 232 meter yang boleh dilihat dari seberang tanah besar sekitar pantai Butterworth.


Pantai yang menarik di Penang antaranya ialah Batu Feringgi, Pantai Monyet, Pantai Kerachut, Tanjung Bungah dan Pantai Bersih. Batu Feringgi adalah tumpuan ramai pelancong kerana suasana yang agak happening. Banyak aktiviti pantai juga disediakan disini. Bagi backpackers memang tak perlu risau pasal hotel/motel sebab kat sini ada banyak pilihan yang under budget. Berbaloi sangat wei.


Penang hill juga adalah tempat pelancongan yang menjadi tarikan utama pelancong samada dari dalam mahupun dari luar negara. Bukit setinggi 833 meter ini terkenal dengan kereta kabel  yang boleh membawa pengunjung ke puncak bukit untuk melihat keindahan negeri ini dari atas bukit. Untuk yang ingin hiking, trek juga disediakan bermula dari Teluk Bahang.






Selain dari itu, di Penang juga ada tempat yang u all boleh jalan-jalan santai naik basikal di Penang Street Art. Nak buat aktiviti apa? Hah, boleh je ni... amik map dan pusing2 cari lukisan ikut pada map. 




Tak sangka Ernest Zacharevic ni memang jiwa seni dan mendapatkan perhatian dari rakyat Malaysia sendiri. Art is rubish is art.









Bagi yang sukakan sejarah, saya suggest u all pergi ke Cheong Fatt Sze Mansion. Banyak info boleh kita perolehi disini.








Kalau bab makan, Penang is the best town. Banyak yang boleh kita pilih. Antaranya pasembor, laksa dan lain2...


Kedai ini terletak di 164 Lebuh Campbell. Apa yang patut u all cuba kat sini adalah Nasi beriyani serta murtabak.


Laksa adalah makanan utara yang sangat terkenal. Kalau di Pulau Pinang, kedai yang saya recommend adalah kedai laksa Pokok Jaggus. Boleh pekena ABC sekali. Kalau nak cari soup yang paling sedap pulak saya recommend u all pergi ke Restoran Hameed. Restoran ni dikenali sebagai 'best soup in town'. Senang je nak cari location ni, cari Jalan penang confirm u all jumpa atau landmark lain, berhampiran Sekolah Convent.


Tadaa... ini juga adalah antara tempat makan yang paling 'lagend'. Ada nasi kandaq juga tapi saya nak cuba roti nan dengan tandori. Perghhh!! Memang terbaik lah. Tempat makan ni terletak di Jalan Masjid kapitan Keling. Betul2 terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling.


Roti nan sudah... roti canai belum lagi. Ok, jom! saya bawak korang ke transfer road pulak. Roti canai dengan ayam yang paling sedap. Roti nya yang lembut bak sutera, kuah ayam nya yang kaw. Perghhh!!! Kalau datang Penang mesti saya akan singgah ke sini. Pagi2 memang ramai orang kat sini. Kedai sempoi je.



Makan malam? Nasi lemak jom! Kalau anda peminat Liverpool macam saya, memang rasa teruja lah nak pergi kan. Tapi yang penting sebenarnya... Nasi lemaknya yang sedap. Kedai ni mula buka dari petang hingga malam je. So, memang pilihan yang tepat lah untuk dinner. Kalau datang sini satu pinggan memang tak cukup so order nasi double terus. Muahahaha...




Banyak lagi tempat makan yang best dalam Penang ni. Tapi kalau tinggal kat Penang best lah kan. Boleh jer makan setiap hari tempat best2. Ok, takpe... next time pasti datang lagi. Walaupun takde sedara mara kat Pulau Pinang ni tapi boleh je datang selalu kan.

Next time... itu pasti...

No comments: